Saturday 24 January 2015

TONE EXCEL simkad yang membayar anda

Dimana ada jual topup, disitu ada jual topup TuneTalk.
Topup untuk prepaid TuneTalk ini, ada dijual di seluruh Malaysia. Kalau tak percaya, anda boleh pergi ke mana-mana kedai yang menjual topup berhampiran rumah anda, atau 7eleven, atau station minyak dan tanya samada mereka ada jual topup TuneTalk atau tidak. Jangan tanya Topup ToneExcel, tanya topup TuneTalk. Kalau sesiapa yang tahu internet dan ada maybank2u atau cimb click, cuba topup melalui online, tengok ada ke tidak topup tunetalk. Kalau ada, habis cerita. Kalau anda pengguna cimbclick atau paypal, anda boleh buat autotopup.

Topup tunetalk ada dijual di mana-mana diseluruh Malaysia. Anda boleh topup RM3, RM5, RM10, RM50, RM80, RM100 atau RM300. Senang kata, apa jua nilai yang ingin anda topup, ada dijual di luar sana.

Tapi kalau nak topup, beli kat kedai ke atau secara online, saya cadangkan anda topup RM30 atau RM50, sebab kalau topup RM30, anda akan dapat RM40 (maksudnya mereka beri extra RM10), kalau topup RM50 anda akan dapat RM70 
(maksudnya mereka beri extra RM20).

Terdapat 2 jenis duit/komisyen yang anda akan perolehi sekiranya menjadi pengedar simkad ToneExcel iaitu:

i. FastTrack Bonus
Jika anda berjaya menjual kepada seorang pelanggan, anda akan mendapat upah sebanyak RM20 yang dibayar oleh ToneExcel ke dalam akaun bank anda.

Itu kalau seorang, kalau anda jual kepada 10 orang, anda akan dapat RM200. Kalau anda jual kepada 100 orang, anda akan dapat RM2,000. Kalau anda boleh jual kepada 1000 orang, anda akan dapat RM20,000.00.

Setiap seorang yang anda sendiri taja, anda akan diberikan komisyen RM20 dan anda boleh taja seberapa ramai yang anda suka, tiada limit.

Bonus akan dimasukkan kedalam bank anda dua kali sebulan. Contohnya,  jika anda menaja dari 1-15hb, bonus akan dibayar pada hujung bulan. Jika anda menaja dari 16-31hb, bonus akan dibayar terus ke dalam akaun bank anda pada 12hb berikutnya. Setiap pembayaran bonus akan ditolak RM3 untuk kos pengurusan. Itu adalah keuntungan pertama sebagai agen penjual simkad ini.

ii. Komisyen Topup

Keuntungan kedua, ada lagi yang lebih baik dari fast track bonus, anda bukan sahaja mendapat keuntungan RM20 seorang, tetapi setiap kali mereka topup, anda dapat lagi komisyen sehingga 6%.

Jangan lupa, mereka boleh topup di mana-mana kedai sekali pun, seolah-olah semua kedai di seluruh Malaysia tersebut jadi kedai anda. Bukannya mereka topup dengan anda. Mereka tak perlu jumpa anda kerana anda bukan penjual topup. Tetapi, setiap kali mereka topup di kedai, anda akan dapat komisyen di rumah. He he he, ini namanya duduk rumah dapat duit. Seolah-olah keseluruhan kedai yang menjual topup handphone di Malaysia ini adalah kedai milik anda. Setiap pelanggan anda boleh topup di mana-mana, ToneExcel akan mengambil komisyen tersebut dan secara automatik komisyen tersebut dimasukkan terus kedalam bank anda setiap 21hb. Dah kira macam gaji kedua atau pun pencen. Bukankah itu sangat hebat!

Anda bayangkan, jika pelanggan anda tadi guna simkad tersebut selama 10 tahun, maka selama itulah anda akan dapat komisyen topup daripadanya setiap bulan. Lagi satu, agak2 berapa lama kita akan pakai handphone, ramai yang kata, kita pakai handphone sampai mati tuan.

Cuba lihat contoh dibawah ini:
 


Katakanlah, sekiranya anda (U) dapat menjual simkad kepada 3 orang sahaja, (anda boleh menjual seberapa ramai yang anda mampu, bukan 3 sahaja) A,B dan C, ia dipanggil Level-1. Pertama anda akan mendapat Fast track bonus sebanyak RM20x3=RM60.

Komisyen topup pula, setiap kali ABC topup anda akan mendapat 6%. Contohnya, jika A topup di kedai sebanyak RM10, anda duduk dirumah dapat 60 sen.

Sekiranya A dapat menjual  simkad tersebut kepada 5 orang, D,E,F,G dan H, ia dipangil Level-2. Jika D topup sebanyak RM10 sahaja di kedai, A akan dapat 60 sen, anda tak pasal-pasal dapat 30 sen, sedangkan anda sendiri tak kenal siapa D. Siapa sahaja di Level-2 anda topup, anda akan dapat 3%.

Sekiranya G menjual simcard kepada 3 orang sahaja, K,L dan M, ia dipanggil Level-3. Jika M topup RM10 di kedai, G akan dapat 60 sen, A akan dapat 30 sen, anda tak pasal-pasal dapat RM1.10. Sebab, sesiapa sahaja di Level-3 anda topup, anda akan dapat 11%.

Jangan tanya saya kenapa Level-3 dapat lebih besar sehingga 11%. Itu strategi syarikat. Kita tak perlu ambil tahu. Tetapi yang lebih penting, ToneExcel tidak pernah menipu kita dari segi pembayaran komisyen selama 4 tahun kewujudan mereka.

Anda akan dapat komisyen hingga ke Level-3 sahaja, tetapi setiap level adalah infinity. Maksudnya di Level-1, anda boleh menaja seberapa ramai yang anda mampu. Saya sendiri hanya ada 400 orang di Level-1, itu pun saya menaja selama 2 tahun. Level-2 dan level-3 tak tahu berapa ramai. Itu pun dah boleh merasa total komisyen lebih RM200,000 tiap-tiap bulan. Siapa nak bagi tuan, 2 tahun kerja penat-penat menaja sehingga 400 orang, lepas tu, kita relaks sahaja menerima komisyen setiap bulan, kerana setiap bulan orang topup. Mana ada kerja, kalau kita berhenti majikan nak teruskan bayar gaji. Dan juga, jika kita meninggal dunia, komisyen ini juga akan tetap terus dibayar kepada waris kita, selagi ada orang topup handphone mereka. (Ada ke orang tak topup handphone mereka?).

Soalannya, adakah ia sangat berbaloi? Jawapannya sangat2 berbaloi, kerana ia mengubah terus kehidupan kami sekeluarga. Daripada hidup dibelengu hutang, sekarang tiada hutang langsung. Dulu hidup pergi kerja pagi, balik petang, dapat gaji bayar hutang, sekarang tak payah kerja, tak payah berhutang lagi. Kalau itulah nilai yang akan kita perolehi, anda pilih nak kerja 2 tahun atau 200 tahun, umur pun tak sampai banyak tu.

Syarat untuk mendapat komisyen topup sebanyak 6%, 3% dan 11% adalah, anda sendiri sebagai pengguna hendaklah top up lebih besar daripada RM20 setiap bulan. Jika anda top up kurang daripada RM20, anda tidak layak untuk mendapat komisyen topup pada bulan tersebut. Maksudnya di sini, sekiranya anda sudah ada downline, apabila mereka to up, anda tidak akan dapat apa-apa komisyen pada bulan tersebut. Tapi jika bulan depannya ada topup sendiri topup lebih dari RM20 sebulan, maka komsiyen akan dimasukkan kedalam bank anda untuk bulan tersebut.

Sekiranya anda sendiri topup lebih daripada RM60, peratusan komisyen top up anda juga akan berubah. Bukan lagi 6%, 3%, 11% tetapi ia menjadi 10%, 3%, 13%. Iaitu Level-1 menjadi 10%, Level-2 tetap 3% dan Level-3 menjadi 13%. Banyak tu....

Komisyen-komisyen ini akan dimasukkan ke dalam akaun bank anda setiap 21hb bulan berikutnya. Asalkan komisyen tersebut melebihi RM30, ToneExcel akan tranfer  ke akaun anda, jika tak cukup, mereka akan simpan dan dibawa ke bulan hadapannya.

Lihat satu contoh di sini:
Apa akan terjadi jika anda berjaya menaja 10 orang di Level-1, dan Level-1 anda juga berjaya menaja 10 orang setiap seorang di Level-2 dan Level-2 anda juga berjaya menaja 10 orang setiap seorang di Level-3. Anggapkan setiap seorang to up RM50 setiap bulan. (Saya ambil contoh RM50 ini bukan apa, memanglah syarat minima topup RM20, tetapi jangan lupa syarat minima untuk kelayakkan insuran adalah RM50, jadi senang kita ambil contoh RM50, bonus layak, insuran pun layak).

Level-1     10 x RM50 x 6% = RM30
Level-2     10 x 10 x RM50 x 3% = RM150
Level-3     10 x 10 x 10 x RM50 x 11% = RM5500
Total RM 5680

Bulan tersebut anda akan mendapat RM5680. Siapa nak bagi... tak cukup ke kalau sebanyak itu dapat duit sampingan untuk tambahkan gaji kita, saya rasa dalam hati kita ramai yg kata, banyak tu. Tapi yang penting, agak-agaknya lah, bulan depan mereka akan topup lagi tak? Jawapannya pasti YA. Dan ini bermakna, bulan depannya anda akan dapat komisyen lagi, itulah yang akan terjadi kepada saya setiap bulan. Tiap-tiap bulan dapat komisyen. Kerja sekali, komisyen berkali-kali. 

0 comments:

Post a Comment

You may also like: